talk to us

SOPB derma 30 karton minyak masak untuk RRSS

24 September 2017 (265 views)

SERTAI: Eric (empat kiri) bersama kakitangan menyerahkan minyak masak Merris kepada wakil RRSS baru-baru ini.

SERTAI: Eric (empat kiri) bersama kakitangan menyerahkan minyak masak Merris kepada wakil RRSS baru-baru ini.

MIRI: Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) menderma sebanyak 30 karton minyak masak Merris kepada Sekolah Menengah Jalan Riam (RRSS) untuk jualan amal makanan diadakan pada 1 Oktober ini.

Aktiviti terbuka kepada orang awam diadakan di pusat beli- belah Bintang Megamall bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Jualan untuk mengumpul dana memperbaiki dan menaik taraf kelas serta dana penganjuran aktiviti sekolah.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Operasi, Eric Kiu Kwong Seng pada majlis di pejabat SOPB barubaru ini.

Pihak sekolah menerima 20 karton minyak masak campuran seberat 2 kilogram dan 10 karton minyak masak sayuran juga seberat 2 kilogram.

Sumbangan adalah tanggungjawab sosial korporat (csr) syarikat seiring tagline “Kami Membangun Bersama Masyarakat Tempatan”.

Minyak masak Merris dihasilkan secara tempatan di kilang penapisan SOPB dengan 100 peratus minyak sawit baru dituai di Sarawak.

Dengan pengesahan sijil ISO 22000, minyak Merris adalah bebas kolesterol dan kaya vitamin E, boleh diperolehi di semua pemborong dan pasar raya terkemuka di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, SOPB akan menganjurkan derma darah pada 14 Oktober di pusat beli-belah Boulevard bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Setiap penderma darah yang berjaya akan menerima cenderahati penghargaan.

(Taken from Utusan Borneo Sarawak)